Lapan suspek kes pukul remaja lunyai didakwa esok

JOHOR BAHRU – Seramai tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, berkaitan kes seorang pemuda dibelasah beramai-ramai sehingga cedera parah dalam kejadian yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, semua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Semua orang kena tahan (OKT) akan dituduh esok pagi,” katanya ringkas ketika mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.

Sebelum ini, kesemua suspek ditahan kira-kira jam 2.30 pagi pada 21 April lalu ketika cuba melarikan diri dari Pangsapuri Plentong Baru Masai, Pasir Gudang.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan beberapa klip video yang tular di media sosial menunjukkan seorang pemuda dipukul, ditumbuk di dada, dan ditendang di bahagian sulit oleh sekumpulan lelaki.

Kesemua mereka disyaki terlibat memukul seorang pekerja kilang di Kluang hingga separuh mati pada 18 April lalu, sebelum rakaman video insiden kejam itu tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

BACA JUGA:  Keputusan kes ibu bapa Zayn Rayyan ditetapkan 21 Julai ini
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...