Nas-T sanggup turun berat badan demi Keluang Man

KUALA LUMPUR – Pelakon Nas-T mendedahkan beliau terpaksa menjalani transformasi fizikal drastik demi menjayakan watak adiwira ikonik tempatan, Keluang Man, dalam filem terbaharu yang bakal ditayangkan di pawagam 29 Mei ini.

Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 42, sebelum memulakan latihan untuk filem tersebut, berat badannya mencecah 78 kilogram dan beliau mengakui bentuk fizikalnya ketika itu tidak sesuai untuk membawakan imej seorang adiwira.

“Sebelum start prep untuk Keluang Man, saya memang agak besar sedikit. Berat masa tu dalam 78kg,” katanya kepada MYBERITA selepas sidang media filem Keluang Man yang diadakan di GSC Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja menerima pengesahan sebagai pelakon utama, Nas-T mengambil langkah drastik dengan menukar corak pemakanannya secara menyeluruh. Diet hariannya yang sebelum ini dipenuhi karbohidrat diubah sepenuhnya.

“Saya drop karbo, saya tukar diet kepada telur, ayam dan daging sahaja,” jelasnya.

Filem Keluang Man dijangka menjadi antara karya paling dinanti tahun ini, bukan sahaja kerana nilai nostalgianya, tetapi juga kesungguhan pelakon utamanya dalam menghidupkan kembali legenda tempatan yang pernah menceriakan zaman kanak-kanak ramai.

BACA JUGA:  MCMC panggil TikTok beri penjelasan isu \'PK Battle\', Fahmi tegas lindungi remaja bawah umur
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...