Tersipu kena puji, hos Tiktok lelaki jadi buruan netizen wanita

KUALA LUMPUR – Seorang hos lelaki yang bertugas membuat siaran langsung bagi mempromosikan barangan lelaki di TikTok mencuri perhatian netizen, namun bukan kerana produknya, sebaliknya kerana paras rupanya yang digilai ramai wanita.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna @pikaa, pemuda berkulit cerah itu dilihat sering kelihatan gelisah dan tersipu-sipu apabila dihujani pujian oleh penonton wanita sepanjang siaran langsung berlangsung.

Walaupun beliau ditugaskan untuk menjual barangan seperti kasut, tuksedo dan cermin mata hitam yang menyasarkan pelanggan lelaki, komen yang diterima kebanyakannya daripada wanita yang tidak henti-henti memuji penampilannya.

“Dia orang punya pelanggan sasaran adalah lelaki, tapi masalahnya yang komen semua perempuan. Memang ‘tak jalan’ jualannya,” tulis seorang pengguna media sosial.

Antara komen yang mencuit hati termasuklah, “Kasihan dia tersipu-sipu kena puji”, “Kenapa orang Johor kacak-kacak?” dan “Abang pakai apa pun elok,” yang jelas menunjukkan peminat lebih tertarik kepada hos berbanding produk yang dijual.

Fenomena ini sekali gus membuktikan betapa penampilan hos turut memainkan peranan dalam menarik perhatian penonton di platform siaran langsung, meskipun tidak menjamin kejayaan jualan.

@_myselfonly terhibur ye aku baca comment korang hahahaha 😭😂 #foryou #zeveshoes #fyp ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
BACA JUGA:  Wanita dakwa bekas kekasih curang, tipu wang dan hantar ugutan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...