Selasa | 27/10/2026 | 1:01:18 am
HomeSemasaPemandu lori ditahan bantu siasatan kemalangan enam kenderaan di Guthrie

Pemandu lori ditahan bantu siasatan kemalangan enam kenderaan di Guthrie

SUNGAI BULOH — Seorang pemandu lori berusia 31 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di susur keluar Lebuhraya Guthrie menghala ke lampu isyarat Bukit Subang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Batu Arang ke Cyberjaya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Hasil siasatan awal berdasarkan rakaman video papan pemuka (dashcam) yang diperoleh mendapati lori itu terlebih dahulu melanggar Proton Saga terbabit, sebelum kereta berkenaan menghentam empat lagi kenderaan lain yang berada di lorong bersebelahan, dalam arah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|