Selasa | 13/10/2026 | 11:53:44 am
HomeMahkamahPemandu rempuh suami isteri tiba di mahkamah, berdepan tuduhan memandu melulu

Pemandu rempuh suami isteri tiba di mahkamah, berdepan tuduhan memandu melulu

KUALA LUMPUR – Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang tular selepas merempuh motosikal dinaiki sepasang suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta, tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk menghadapi pertuduhan.

Lelaki berusia 32 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis. Difahamkan, pertuduhan terhadapnya akan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun dan isterinya, 49, cedera parah selepas motosikal jenis Benelli TRK 502 yang dinaiki mereka dirempuh kenderaan suspek.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|