Selasa | 27/10/2026 | 1:21:28 am
HomeHiburanRM15.3 juta dalam 4 hari tayang, Ejen Ali 2 cipta fenomena baharu...

RM15.3 juta dalam 4 hari tayang, Ejen Ali 2 cipta fenomena baharu animasi tempatan

KUALA LUMPUR – Filem animasi aksi tempatan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih kutipan RM15.3 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, termasuk kutipan daripada tayangan awal bermula 22 Mei lalu.

Filem terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios itu kini ditayangkan di 161 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, membuktikan bahawa kehebatan adiwira cilik negara, Ejen Ali, masih mendapat tempat di hati peminat.

Pengarah filem merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, sokongan luar biasa daripada penonton sejak sesi tayangan awal hingga ke tayangan rasmi memberikan semangat baharu kepada pasukan produksi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|