Khamis | 15/10/2026 | 9:55:22 pm
HomePendidikan150,557 calon lepasan SPM berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA

150,557 calon lepasan SPM berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA

KUALA LUMPUR – Seramai 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi sesi kemasukan tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam kenyataan rasmi hari ini, KPT memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 86,589 calon ditawarkan tempat di universiti awam, manakala 42,058 calon diterima masuk ke politeknik, 20,427 ke kolej komuniti, dan 1,483 ke institusi di bawah MARA Bahagian Pendidikan Tinggi.

Bagi Tawaran Laluan Khas, seramai 17,693 calon berjaya mendapat tempat dengan pecahan seperti berikut: 16,189 daripada keluarga B40, 590 orang kurang upaya (OKU), 593 atlet, serta 321 Orang Asli. Selain itu, 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menerima tawaran pengajian.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|