Isnin | 26/10/2026 | 7:21:56 pm
HomeDuniaAnwar tiba di Rom, lawatan tiga hari bermula

Anwar tiba di Rom, lawatan tiga hari bermula

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau bersama delegasi Malaysia telah selamat tiba di Rom, Itali, hari ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari.

Menurut Anwar, kunjungan itu dilakukan atas jemputan rasmi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.

β€œJemputan ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling hormat,” katanya dalam kenyataan di laman X, hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|