Selasa | 27/10/2026 | 12:15:07 am
HomeMahkamahIbu Zayn Rayyan diperintah bela diri, bapa dibebaskan

Ibu Zayn Rayyan diperintah bela diri, bapa dibebaskan

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, membela diri atas pertuduhan mengabaikan anaknya dua tahun lalu, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.

Hakim Dr. Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ismanira, namun gagal berbuat demikian terhadap Zaim Ikhwan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Dr. Syahliza berkata, setelah meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati bahawa hanya Ismanira perlu dipanggil untuk membela diri mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|