Ahad | 11/10/2026 | 7:23:24 am
HomeDuniaJoao Felix tinggalkan Chelsea, sertai Al-Nassr

Joao Felix tinggalkan Chelsea, sertai Al-Nassr

LONDON – Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr sah mendapatkan penyerang antarabangsa Portugal, Joao Felix daripada Chelsea dengan nilai perpindahan mencecah £43.7 juta (kira-kira RM256 juta).

Perpindahan itu menyaksikan Felix, 25, bakal kembali bergandingan bersama bintang sensasi Cristiano Ronaldo di Liga Pro Saudi selepas diberikan lampu hijau untuk menjalani ujian perubatan di Riyadh dalam masa terdekat.

Al-Nassr dilaporkan berjaya mengetepikan saingan daripada bekas kelab Felix, Benfica, yang turut menunjukkan minat membawa pulang penyerang itu ke Portugal.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|