Hujan ‘meteor perseids’ terangi langit Malaysia malam ini

KUALA LUMPUR – Fenomena hujan meteor Perseids dijangka berlaku lewat malam ini hingga awal pagi esok, dengan kemungkinan sehingga 100 meteor dapat dilihat dalam tempoh satu jam.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam kenyataan memaklumkan, fenomena tahunan itu berlaku setiap tahun antara Julai hingga Ogos apabila Bumi melintasi laluan serpihan komet Swift-Tuttle.

Perseids boleh dilihat dengan mata kasar dari kawasan gelap yang bebas daripada pencemaran cahaya.

“Namun, bagi pemerhati di Malaysia, keterlihatan mungkin kurang jelas disebabkan kehadiran bulan suku akhir yang akan mencerahkan langit dan mengurangkan bilangan meteor yang dapat dilihat,” kata MYSA.

MYSA turut menyarankan orang ramai memilih kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit gelap, selain pandangan tidak terhalang dengan bangunan tinggi, pokok atau rumah serta membiarkan mata menyesuaikan diri selama 15 hingga 20 minit, dan tidak hanya memfokuskan pandangan ke buruj Perseus kerana meteor boleh muncul dari pelbagai arah.

Komet Swift-Tuttle mempunyai nukleus berdiameter kira-kira 26 kilometer dan mengambil masa 133 tahun untuk mengorbit matahari. Walaupun komet itu hanya menghampiri Bumi setiap abad, aliran serpihannya kekal dan menyebabkan Perseids muncul setiap tahun.

Kali terakhir komet itu menghampiri Bumi adalah pada tahun 1992 dan ia dijangka kembali pada tahun 2126.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Ketupat, rendang jadi saksi tragedi 15 maut
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...