Akmal Saleh disiasat berhubung video tular, dua laporan polis diterima

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung satu video tular di Facebook menggunakan akaun atas nama Akmal Salleh yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur kebencian serta berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, laporan pertama diterima di Bukit Mertajam pada 12 Ogos lalu, melibatkan pautan video yang dikatakan boleh mencetuskan kegusaran masyarakat setempat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Siasatan awal telah dijalankan oleh Polis Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada hari ini,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh orang awam itu kini dalam siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan beliau dihubungi pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan pada pukul 11 malam ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini, saya rela dan akan lawan habis-habisan. Untuk takut kepada puak-puak mereka, tidak sama sekali! No fear, no surrender,” katanya.

BACA JUGA:  Lelaki cari ‘peneman’ tarawih, mahu wanita berbeza setiap hari
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...