Selasa • 13 Januari 2026

Industri halal jadi tarikan pelancong, pacu ekonomi Malaysia – Armizan

KUALA LUMPUR – Pensijilan halal dalam sektor makanan dan minuman (F&B) bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, malah meningkatkan nilai perniagaan dan keyakinan pelancong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, usaha itu penting kerana restoran dan kopitiam menjadi tumpuan pelbagai kaum serta pelancong asing.

“Kerajaan juga merancang menubuhkan Suruhanjaya Halal di bawah RMK-13 bagi memperkukuh industri halal, manakala JAKIM bersama MITI sedang mempercepat proses pensijilan dengan mengurangkan birokrasi,” katanya selepas menyempurnakan majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock di ibu negara, pada Sabtu.

Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records selepas menjual 452,162 pinggan nasi lemak pada 2024.

Sempena Bulan Kebangsaan, ia menawarkan nasi lemak pada harga promosi RM6.80 berbanding RM13.90 bermula 31 Ogos hingga 16 September.

Menurut Armizan, langkah itu selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, selain menyokong pertumbuhan ekonomi domestik yang mencatat 5.1 peratus pada suku kedua tahun ini.

BACA JUGA:  Pemain ‘keyboard’ Teh Tarik Senja, Addin Mikhail meninggal dunia
spot_img

TRENDING

Anwar titip ucapan selamat kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Lelaki warga Pakistan maut, SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua

KEPALA BATAS - Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas...

Dilabel ‘kos sampah’, ini realiti sebenar pelajar masscom hadap yang ramai tak tahu

REMBAU - Pelajar jurusan penyiaran tampil menyanggah dakwaan sesetengah...

Busana pelajar KKTM Rembau curi tumpuan penonton ‘The Midnight Show’

REMBAU - Kreativiti pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)...

[VIDEO] TokTi senak perut tengok 65,000 peminat banjiri SNBJ

KUALA LUMPUR - “Senak perut saya tengok pemandangan ribuan...