Busana pelajar KKTM Rembau curi tumpuan penonton ‘The Midnight Show’

REMBAU – Kreativiti pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau mendapat sorotan apabila 12 peraga memperagakan koleksi fesyen unik hasil air tangan pelajar, termasuk dua pereka muda berbakat, Muhammad Farhan Sekh Ali dan Atiqah Najiha Ahmad Anis Sabri, dalam rancangan The Midnight Show, pada Khamis.

Koleksi busana yang dipersembahkan menampilkan gabungan rekaan kasual, formal dan kontemporari, dengan sentuhan inovatif yang mempamerkan kreativiti dan identiti peribadi setiap pereka.

Muhammad Farhan berkata, setiap helaian rekaan memerlukan perhatian teliti dari segi pemilihan fabrik, jahitan dan kesesuaian konsep pertunjukan.

“Saya mahu setiap pakaian bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai nilai praktikal dan cerita di sebaliknya. Projek ini memberi peluang saya belajar mengurus keseluruhan proses fesyen dari reka bentuk hingga persembahan,” kata Muhammad Farhan ketika ditemui MYBERITA.

Sementara itu, Atiqah Najiha menekankan bahawa cabaran terbesar adalah menyeimbangkan rekaan mengikut trend semasa sambil mengekalkan identiti mereka sebagai pereka muda.

“Melihat model memperagakan rekaan saya di The Midnight Show adalah pengalaman paling memuaskan. Semua penat lelah berbulan-bulan terasa berbaloi,” ujar Atiqah Najiha.

Pertunjukan fesyen ini bukan sahaja mempamerkan bakat teknikal pelajar, malah memberikan mereka platform sebenar untuk memperkenalkan rekaan kepada penonton luas melalui rancangan televisyen kampus.

Kreativiti Muhammad Farhan dan Atiqah Najiha mendapat pujian ramai kerana keunikan, kesesuaian konsep dan nilai estetika tinggi yang ditampilkan dalam setiap koleksi.

BACA JUGA:  Lebih 6,000 anggota ATM dipertugas kekal kesiagaan sepanjang Ramadan
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...