Pelajar UiTM Rembau serlah kreativiti dalam ‘The Midnight Show’

KONGSI

REMBAU – Produksi pelajar Seloka Films daripada program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, sekali lagi memperlihatkan kebolehupayaan mahasiswa institusi itu apabila memperkenalkan “The Midnight Show”, sebuah rancangan peragaan fesyen yang bakal disiarkan secara langsung menggunakan sistem Multi-Camera Production (MCP) pada 8 Januari depan.

Program berkonsepkan gabungan fesyen, persembahan seni dan teknologi penyiaran moden itu dilihat sebagai inisiatif baharu dalam memperkasa tahap profesionalisme produksi akademik, selain membuktikan keupayaan pelajar dalam menghasilkan kandungan setaraf industri.

Wakil produksi, Fawzan Harris, berkata “The Midnight Show” dibangunkan untuk meneroka genre fashion entertainment secara lebih serius, sekali gus menampilkan format yang jarang diketengahkan oleh produksi pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN