Polis sahkan ke kediaman Caprice serah surat panggil saksi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kehadiran beberapa pegawai di kediaman penyanyi rap, Caprice baru-baru ini bagi menyerahkan surat panggil saksi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, surat berkenaan dikeluarkan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan berhubung laporan yang diterima pihaknya.

Menurutnya, laporan itu dibuat seorang lelaki berusia 33 tahun pada 31 Julai lalu terhadap Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 37.

“Pihak polis mengesahkan menerima laporan ke atas hantaran jelik dari seorang individu (Caprice) melalui media sosial Instagram.

“Hantaran yang diterima pengadu berunsur serangan dalam komen, mesej kebencian, tuduhan dan kecaman yang memfitnah watak serta reputasi pengadu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Fadil berkata, susulan itu, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, tular sebuah video berdurasi tiga minit sembilan saat di Instagram @capricedaddycap memaparkan beberapa pegawai polis hadir ke rumah penyanyi itu.

Dalam video tersebut, Caprice dilihat cuba menghubungi pihak polis dan meminta penjelasan mengenai tujuan kehadiran pegawai terbabit.

BACA JUGA:  \"Tanpa guru, tiada Perdana Menteri\", Anwar rai jasa dan pengorbanan cikgu bersama Ejen Ali
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

“Inilah kawan dia…” – kanak-kanak bawa mainan ke kubur atuk, ramai menitiskan air mata

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara...

Kanak-kanak tunjuk budi pekerti, baca doa untuk tuan rumah selepas beraya

KUALA LUMPUR – Gelagat sekumpulan kanak-kanak yang membaca doa...

Penuntut UMPSA pijak al-Quran dibuang universiti

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah...

Usia 13 tahun dah pandai bagi duit raya, Shuib luah rasa bangga

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan...

Hantaran pasangan songsang ‘Jodoh Lebaran’ tular, kerajaan negeri jalankan siasatan

MELAKA – Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan terhadap satu...