Usia 13 tahun dah pandai bagi duit raya, Shuib luah rasa bangga

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan rasa tersentuh apabila menerima duit raya daripada anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, yang disifatkan sebagai pemberian paling bermakna pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, sikap pemurah anaknya yang baru berusia 13 tahun itu mengingatkannya kepada arwah isterinya, Siti Sarah, yang terkenal dengan sifat suka berkongsi rezeki.

“Kepada Ibu Siti Sarah, anak perempuan awak bagi saya duit raya buat pertama kalinya. Umur dia baru 13 tahun tetapi sudah boleh memberi kepada keluarga. Memang hati yang sangat baik, macam awak,” tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Dalam masa sama, Shuib turut menzahirkan penghargaan kepada isterinya kini, Watie Hanifiah, atas usaha mendidik anak-anak mengenai nilai berkongsi rezeki.

“Ini semua hasil didikan mummy Watie juga. Pandai didik anak-anak tentang rezeki. Alhamdulillah,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi positif netizen yang memuji kematangan Dzahira Talita Zahra, selain menjadikan hubungan baik antara Watie dan anak-anak tirinya sebagai contoh dalam membina keluarga harmoni.

Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011 sebelum penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Beliau kemudian berkahwin dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023. – MYBERITA

BACA JUGA:  Lepas setahun kerja, wanita hadiahkan ibu gelang emas
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...