Andy Teh ‘serius’ dalami budaya Melayu demi versatiliti lakonan

KUALA LUMPUR – Pelakon Andy Teh menegaskan kesungguhannya mendalami budaya Melayu bukanlah gimik atau helah untuk meraih perhatian, sebaliknya satu usaha bagi memperkukuh kredibiliti serta membuktikan dirinya mampu menggalas watak pelbagai.

Andy, atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Hua, 39, berkata pemahaman tentang budaya masyarakat amat penting dalam dunia lakonan, lebih-lebih lagi industri filem dan drama tempatan banyak menjadikan identiti Melayu serta Islam sebagai teras.

“Saya sedar, kalau mahu berjaya dalam perfileman atau drama Melayu, saya mesti memahami budaya dan cara hidup orang Melayu. Malaysia dikenali dengan masyarakat berbilang agama, jadi kalau saya dapat watak berkaitan Islam, saya perlu belajar supaya dapat membawanya dengan baik.

“Kalau ada yang nampak saya belajar mengaji, itu bukan kerana saya mahu menunjuk, sebaliknya untuk membuktikan saya serius dan mampu menjiwai watak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pelakon filem Blood Brothers itu turut mengakui ramai peminat keliru dengan status dirinya kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu.

“Ada yang sangka saya orang Melayu, sedangkan hakikatnya saya berbangsa Cina dan keluarga saya tidak ada kaitan dengan Islam. Tetapi dalam industri perfileman Melayu, saya banyak berkawan dengan orang Melayu termasuk rakan artis,” ujarnya.

Bagaimanapun, Andy tidak menafikan popularitinya turut mengundang sisi berbeza apabila dihujani mesej peribadi daripada peminat, khususnya wanita, yang memberinya gelaran unik.

“Banyak mesej saya terima, ada yang panggil imam, ada juga gelar saya Daddy Mike. Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin sebab promosi filem Abah Saya Uncle Mike, perkataan ‘abah’ itu dikaitkan dengan ayah atau daddy, lalu terjadilah panggilan Daddy Mike,” katanya sambil ketawa.

Andy kini muncul dalam filem Abah Saya Uncle Mike, sebuah naskhah inspirasi kisah benar yang turut menampilkan Idan Aedan, Nor Merah serta Umar Syakur. Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

BACA JUGA:  Ibu dan anak maut, suami cedera parah dalam nahas lori terbalik di LPT2
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...