Bapa Altantuya fail semakan kehakiman, mahu jawapan polis

KUALA LUMPUR – Keluarga mendiang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, memohon kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa pihak berkuasa menyiasat kandungan afidavit dikemukakan bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.

Peguam yang mewakili keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, berkata permohonan itu difailkan pada Selasa, membabitkan afidavit bertarikh 23 September 2024 dan akuan berkanun yang dibuat Azilah pada 17 Oktober 2019.

“Permohonan ini antara lain bertujuan mendapatkan perintah supaya pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh dakwaan yang terkandung dalam dokumen berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Januari lalu, keluarga Altantuya dilaporkan menggesa kerajaan membuka semula siasatan terhadap dakwaan Azilah, termasuk tuduhan bahawa beliau menerima arahan daripada seorang ‘pegawai kanan kerajaan’ untuk membunuh dan melupuskan Altantuya pada 2006.

Oktober tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Azilah dengan menukar hukuman mati kepada penjara 40 tahun serta 12 sebatan mandatori, selepas panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, mengambil kira afidavit tambahan dan akuan berkanun tersebut.

Kedua-dua dokumen berkenaan tidak dibantah oleh pihak pendakwaan ketika proses rayuan berlangsung.

Shaariibuu Setev, bapa kepada Altantuya, turut menyokong permohonan Azilah menerusi sepucuk surat kepada mahkamah.

Azilah, bersama rakannya Sirul Azhar Umar, sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya.

Namun, keputusan itu diketepikan Mahkamah Rayuan pada 2013 sebelum dipulihkan semula oleh Mahkamah Persekutuan pada 2015.

Sirul yang melarikan diri ke Australia sebelum keputusan muktamad, masih berada di negara itu sehingga kini.

BACA JUGA:  AGC pulangkan kertas siasatan kes Zara Qairina untuk penambahbaikan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...