Sabtu | 10/10/2026 | 7:30:59 am
HomeSukanUmar Osman nekad tumbangkan rekod 400m di Tokyo

Umar Osman nekad tumbangkan rekod 400m di Tokyo

KUALA LUMPUR – Nama Umar Osman kini meniti di bibir peminat olahraga tanah air apabila bintang muda berusia 22 tahun itu bakal menggalas cabaran negara dalam acara 400 meter (m) di Kejohanan Dunia 2025 yang bermula esok di Tokyo, Jepun.

Lebih daripada sekadar mengejar catatan peribadi, Umar tampil sebagai wajah baharu yang diharap mampu mengangkat semula martabat olahraga negara selepas kali terakhir Malaysia menyaksikan kelibat Muhammad Azeem Fahmi di Budapest 2023.

Umar yang memegang rekod kebangsaan 46.09 saat (s) menegaskan, misinya di Tokyo kali ini bukan sahaja untuk memperbaharui catatan peribadi malah melakar sejarah sebagai pelari pertama Malaysia menembusi kelompok bawah 46s.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|