Andyoso nafi lagu ‘Mamai’ tiru negara jiran, cuma ambil inspirasi muzik hip-dut sahaja

BANGI – Penyanyi, Andika Zulkefli, 21 atau lebih dikenali sebagai Andyoso tampil mempertahankan single terbaharunya berjudul Mamai selepas menerima kecaman netizen yang mendakwa lagu tersebut seakan-akan menyerupai karya popular dari Indonesia.

Lagu Mamai yang menggunakan genre hip-dut iaitu gabungan muzik hip hop dan dangdut dari Indonesia kini meraih lebih 14,000 tontonan di YouTube selepas dilancarkan. Namun, sebahagian pendengar khususnya dari Indonesia mengkritik Andyoso kononnya meniru konsep lagu artis negara jiran itu.

Andyoso menjelaskan beliau tidak pernah berniat meniru mana-mana karya, sebaliknya hanya mengambil inspirasi daripada artis kegemarannya.

“Saya memang ada ambil inspirasi daripada penyanyi yang disebut netizen itu, tapi tidak 100 peratus. Kalau dengar betul-betul, lirik, melodi dan flow lagu Mamai tidak sama. Cuma genrenya sahaja sama,” katanya.

Walaupun begitu, Andyoso mengakui dirinya sedikit terkesan dengan kecaman awal yang diterima.

“Selepas lagu ini dilancar, saya rasa bersalah juga sebab ada yang kata seakan sama dengan lagu di sebelah sana. Tapi sebenarnya niat saya hanya mahu cuba sesuatu yang baharu dan ikuti trend TikTok,” katanya lagi.

Mengenai muzik video Mamai yang turut dikritik kerana dikatakan ‘terlalu hard’ untuk pasaran Malaysia, Andyoso menjelaskan ia hanya sebuah konsep lakonan dan tidak menggambarkan dirinya di dunia nyata.

“Apa yang korang nampak dalam MV itu bukan diri saya sebenar, tapi watak untuk menjayakan konsep ‘mamai’ – iaitu separa sedar. Saya bukan kaki kelab, dan bukan ke arah itu pun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Andyoso berharap kontroversi ini tidak menjejaskan perjalanan seninya. Tambahnya juga, ibunya berasal dari Indonesia dan beliau mahu membawa suasana kedua-dua negara dalam setiap lagu ciptaannya.

BACA JUGA:  Noryn Aziz kembali dengan 'single' baharu 'Kaki Kiriku', umum 'showcase' istimewa 19 September

“Saya mahu naik secara bersih tanpa kontroversi. Harapan saya agar Mamai dapat trending di YouTube dan digunakan ramai di TikTok,” katanya yang kini merancang untuk tampil dengan karya baharu bergenre R&B selepas ini.

“Dari lagu pertama lagi saya sudah gabungkan elemen Malaysia dan Indonesia. Lagu kedua saya malah 100 peratus dirakam dan digarap di Indonesia. Jadi untuk Mamai ini, saya mahu terus rapatkan hubungan muzik antara dua negara,” jelasnya.

Selain karier muzik, Andyoso turut mendedahkan beliau mempunyai perancangan untuk meneruskan bidang perniagaan memandangkan latar belakang pengajiannya dalam bidang tersebut.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...