“Saya bukan kaki kelab”, Andyoso nafi muzik video Mamai cerminkan gaya hidup liar

BANGI – Penyanyi, Andika Zulkefli, 21 atau lebih dikenali sebagai Andyoso tampil mempertahankan muzik video (MV) terbaharunya Mamai selepas dikritik netizen kerana dikatakan menampilkan imej yang tidak mencerminkan agama sebenar.

Lagu Mamai berkonsepkan genre hip-dut kini mencatat lebih 14,000 tontonan di YouTube, namun kontroversi mula tercetus apabila sebahagian penonton menuduh penyanyi muda itu cuba menormalisasi budaya kelab malam melalui visual muzik videonya.

Mengulas perkara itu, Andyoso menegaskan konsep MV berkenaan hanyalah jalan cerita dan tidak menggambarkan peribadinya.

“Saya bukan kaki kelab. Apa yang ditonton dalam MV itu hanyalah watak saya untuk menjayakan konsep Mamai. Ia langsung tidak melambangkan siapa saya di dunia sebenar,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Namun, warganet khususnya di Malaysia meluahkan rasa kurang senang kerana visual pesta dalam MV tersebut dianggap terlalu “keras” untuk pasaran tempatan. Malah, ada yang mendakwa ia tidak sesuai dengan identiti seorang artis Muslim.

Mengulas lanjut, Andyoso berkata beliau tidak menyangka Mamai akan mencetuskan salah faham sebegitu.

“Saya tahu setiap yang kita buat pasti ada kecaman. Tapi terus terang saya hanya mahu membawa konsep ‘mamai’ iaitu keadaan separa sedar, bukan budaya hiburan malam. Saya tetap berhati-hati selepas ini agar tidak timbul salah faham berkaitan agama,” jelasnya.

Kontroversi tersebut muncul selepas sebelum ini Andyoso turut menerima kritikan daripada netizen Indonesia yang mendakwa lagu Mamai meniru karya artis negara jiran.

Bagaimanapun, Andyoso menegaskan niatnya hanya mahu menggabungkan elemen budaya Malaysia dan Indonesia, seiring dengan darah campuran yang dimilikinya.

“Saya mahu dikenali kerana karya, bukan kerana kontroversi. Harapan saya, orang terus streaming lagu Mamai dan gunakan ia di TikTok kerana itulah tujuan asal lagu ini,” katanya.

BACA JUGA:  Peranan TVET penting dalam memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...