Kapal Conscience tiba di Pelabuhan Ashdod, sembilan rakyat Malaysia antara yang ditahan

KUALA LUMPUR — Kapal Conscience yang membawa 92 individu terdiri daripada doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan, termasuk sembilan rakyat Malaysia, dilaporkan tiba di Pelabuhan Ashdod kira-kira pukul 12.45 pagi tadi waktu Malaysia.

Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) sudah bersiap sedia di pelabuhan berkenaan untuk meninjau keadaan mereka bagi pihak Freedom Flotilla Coalition (FFC).

“Lapan buah kapal lain yang turut menyertai misi kemanusiaan itu masih belum diketahui status mereka setakat ini,” kata MyCare.

Antara rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia, Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, dan Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi. Turut bersama mereka ialah Prof Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar, serta wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Dr. Maziah Muhammad, dilaporkan berada di atas kapal lain iaitu Umm Saad.

Terdahulu, sembilan rakyat Malaysia dilaporkan ditahan tentera Israel selepas kapal yang dinaiki mereka, dalam misi kemanusiaan FFC x Thousand Madleens to Gaza, dipintas sekitar pukul 10.50 pagi semalam waktu Malaysia.

Mereka merupakan sebahagian daripada peserta gelombang ketiga flotilla kemanusiaan yang berlepas secara berperingkat menuju ke Gaza, membawa bersama wartawan antarabangsa, pakar perubatan, Ahli Parlimen dan aktivis kemanusiaan.

Susulan penahanan itu, pertubuhan Adalah memaklumkan telah menulis kepada pihak berkuasa Israel bahawa mereka akan mewakili semua peserta flotilla serta menuntut akses segera kepada tahanan sebaik kapal tiba di pelabuhan.

BACA JUGA:  Nas-T kekal diet demi watak Keluang Man
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...