“Saya buat muzik ikhlas”, Liyana Jasmay akui tak kejar populariti

KUALA LUMPUR – Bagi kebanyakan penyanyi tempatan, pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sering dianggap sebagai simbol kejayaan dalam karier muzik. Namun, bagi Liyana Jasmay, 37, hal itu bukan satu keutamaan dalam perjalanan seninya.

Pelakon dan penyanyi yang popular menerusi filem Papadom itu menegaskan, kemunculannya semula dalam dunia nyanyian bukanlah untuk mengejar anugerah atau pengiktirafan, sebaliknya sekadar memenuhi minat dan menghargai sokongan peminat setia.

“Saya tak pernah fikir pun nak masuk AJL. Itu bukan matlamat saya. Saya buat muzik sebab seronok dan demi peminat, bukan untuk pertandingan,” katanya.

Lagu ciptaan komposer Indonesia, Illham Baso itu menandakan kemunculan semula Liyana selepas hampir sembilan tahun tidak mengeluarkan sebarang single.

Menurut Liyana, idea untuk kembali menyanyi tercetus selepas dirinya melalui tempoh “rehat panjang” tanpa sebarang projek lakonan atau pengarahan tahun lalu.

“Saya macam tak tahu nak buat apa. Selepas habis penggambaran filem Qifarah, saya kosong. Jadi masa itu terlintas nak buat lagu. Terluka lahir daripada rasa nak isi kekosongan itu,” katanya.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu juga menjelaskan, dia kini lebih berhati-hati dalam mengatur jadual kerjaya agar tidak terlalu membebankan diri.

“Badan saya satu saja. Kalau tengah sibuk promosi filem, saya tak nak campur dengan promosi lagu. Saya suka buat satu benda dalam satu masa supaya hasilnya lebih baik,” ujarnya.

Dalam sesi santai bersama media, Liyana turut mempersembahkan beberapa lagu popularnya termasuk Aku Tak Percaya CintaOh Na Na dan Cinta Bersatu, selain lagu saduran Dia nyanyian asal Datuk Sheila Majid.

Mengakhiri perbualan, Liyana sempat mengusik bahawa dia kini merancang untuk mengadakan showcase mini selepas siap merakamkan satu lagi lagu baharu yang berentak funky dan berinspirasikan disko.

BACA JUGA:  Adami Hairi nafi buat pembedahan wajah, hanya 'effect' kamera dan solekan

“Saya nak bagi sesuatu yang berbeza untuk peminat. Kalau semua berjalan lancar, mungkin kita akan buat showcase kecil-kecilan tidak lama lagi,” katanya tersenyum.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...