Pelajar MSU dinobat juara FestSAM’25, bawa pulang RM1,500 dan trofi

BANGI – Pasangan pelajar Management and Science University (MSU), Arif Saufi Muhammad Zamri dan Adriana Kasidania Darizam, tidak menyangka akan diumumkan sebagai juara Festival Seni Suara Alunan Melodi 2025 (FestSAM’25) meskipun hanya berlatih selama dua minggu.

Menurut mereka, kemenangan itu ibarat satu kejutan besar memandangkan persembahan mereka jauh lebih ringkas berbanding peserta lain yang tampil dengan kumpulan besar dan konsep persembahan tersusun.

“Kami tak sangka langsung boleh menang. Latihan kami pun dua minggu saja, itu pun banyak secara dalam talian sebab jadual kelas sangat padat,” kata Saufi yang juga penuntut jurusan Perakaunan universiti berkenaan.

Tambahnya, latar belakangnya yang bermula dengan lagu-lagu tradisional memberi kelebihan untuk menghayati gaya nyanyian ikonik Tan Sri P. Ramlee yang dibawa pada malam pertandingan.

“Saya mula belajar lagu-lagu asli dahulu sebelum meniru gaya nyanyian P. Ramlee. Dari situ saya faham asas nyanyian Melayu sebenar,” ujarnya.

Sementara itu, Adriana, pelajar tahun pertama Asasi Perniagaan, berkata pengalaman pertama menyertai pertandingan peringkat luar universiti itu amat bermakna kerana mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan dan pensyarah.

“Saya sangat gembira. Kawan-kawan, senior dan pihak MSU banyak beri dorongan. Walaupun kami daftar sendiri pada awalnya, universiti tetap turun membantu dari segi perjalanan dan bajet,” katanya.

Mengulas tentang pandangan segelintir pihak yang menganggap terlalu ramai penyanyi muda meniru gaya P. Ramlee, Saufi menegaskan bahawa usaha mencontohi tokoh seni lagenda itu tidak seharusnya dipandang negatif.

“Tak salah pun kalau ramai nak jadi macam P. Ramlee. Yang penting kita cuba jadi lebih baik dan terus hidupkan lagu-lagu Melayu,” jelasnya.

Adriana turut menzahirkan penghargaan kepada rakan duetnya, Saufi, serta keluarga dan tenaga pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang persiapan pertandingan.

BACA JUGA:  Megat Sharizal puji inisiatif FINAS, nasihat pelajar UiTM terus berkarya

“Tanpa Saufi, saya takkan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga kepada keluarga, pensyarah dan semua yang menyokong kami,” ujarnya penuh terharu.

Pasangan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 serta trofi kejuaraan. Kemenangan pasangan muda ini bukan sahaja membuktikan bakat baharu dalam bidang seni tradisional masih segar, tetapi turut menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus memelihara keindahan warisan muzik Melayu.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...