“Faktor ribut yang melanda Pantai Chenang baru-baru ini juga mungkin menjadi punca kemunculan ubur-ubur kotak di kawasan pantai,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 22 kes sengatan ubur-ubur direkodkan, manakala kes terbaru melibatkan ubur-ubur kotak merupakan satu-satunya kes yang dilaporkan pada bulan ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa anggota penyelamat pantai APM akan meningkatkan rondaan selain membuat hebahan berkala kepada pengunjung bagi memastikan mereka sentiasa berwaspada dengan risiko sengatan.
Mengulas lanjut, Khairul Afzan berkata, kes melibatkan ubur-ubur kotak yang meragut nyawa seorang kanak-kanak warga Russia baru-baru ini merupakan kejadian pertama membabitkan spesies tersebut di kawasan itu.
Tahun lalu, menara penyelamat Pantai Chenang merekodkan 47 kes sengatan ubur-ubur, namun tiada kes membabitkan ubur-ubur kotak.
Tinjauan di Pantai Chenang mendapati kawasan itu masih dikunjungi pelancong meskipun cuaca mendung dengan kehadiran anggota APM yang melakukan pemantauan rapi. – MYBERITA








