Muhyiddin Yassin letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Peletakan jawatan itu disahkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Ketua Penerangan parti, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. Menurut Tun Faisal, Muhyiddin memaklumkan perkara itu melalui kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Sumber dalaman parti memaklumkan bahawa pada awalnya, sebahagian ahli MPT membantah hasrat Muhyiddin untuk berundur dan meminta beliau menarik semula keputusan itu.

Bagaimanapun, pada tengah malam, Muhyiddin memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatan dan berharap ahli MPT dapat menerima keputusan beliau.

Sebahagian ahli MPT berpandangan Muhyiddin wajar kekal sebagai Pengerusi PN, manakala PAS pula disarankan untuk meninggalkan PN dan meneruskan hasrat mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.

Sumber berkata, dengan ketiadaan PAS, parti-parti lain seperti MCA dan MIC mungkin lebih selesa menyertai PN.

Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS, termasuk daripada Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan Pengerusi PN diberikan kepada PAS.

Perselisihan antara PAS dan BERSATU semakin ketara susulan krisis politik di Perlis, yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli, sebagai Menteri Besar.

BACA JUGA:  Dr Akmal Saleh mengaku tidak bersalah atas dakwaan timbul gusar awam
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...