Jumaat • 9 Januari 2026

[VIDEO] Alza langgar lampu merah, Myvi pula dirempuh jadi mangsa

KULAI – Tindakan seorang pemandu Perodua Alza yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah mengakibatkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di persimpangan Bukit Batu, di sini, pada Ahad.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi ketika sebuah Perodua Myvi berwarna merah yang dipandu mangsa sedang membelok ke kanan dari arah Bukit Batu menghala ke Pasir Gudang.

Menurut mangsa, ketika kejadian, lampu isyarat di laluannya masih berwarna hijau dan tidak berkelip, menyebabkan dia meneruskan pergerakan seperti biasa. Malah, beberapa kenderaan dari arah bertentangan dilihat berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Sewaktu saya sedang membelok, tiba-tiba kereta saya dirempuh dari bahagian sisi. Saya langsung tidak menjangkakan sebarang kenderaan akan datang kerana semua kenderaan di hadapan dilihat berhenti,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa dilaporkan terpelanting sebelum semua beg udara (airbag) hadapan mengembang. Mangsa mengalami sesak nafas akibat hentakan beg udara selain kecederaan ringan di bahagian tangan dan muka.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan keadaannya kini stabil selepas mendapatkan rawatan perubatan dan hanya mengalami kecederaan kecil.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik mangsa turut menunjukkan sebuah Perodua Alza berwarna biru dipercayai memotong dari lorong kiri, melintasi garisan putih serta lintasan belang (zebra crossing) sebelum memecut tanpa membrek lalu merempuh kenderaan mangsa.

Difahamkan, kenderaan terbabit datang dari arah Kulai menghala ke Bukit Batu.

Kes kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut bagi menentukan punca sebenar kemalangan serta tindakan undang-undang yang akan diambil.

BACA JUGA:  Pemandu Nissan Navara mengaku salah pandu secara melulu, dipenjara 30 hari dan denda RM12,000
spot_img

TRENDING

Amir Daniel harap MSN perkasa sokongan menyeluruh ‘sukan kecil’ Olimpik

GEORGE TOWN – Kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel, meraih pingat...

Anwar ke Turkiye esok, perkukuh hubungan dua hala

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

[VIDEO] Pelajar UniSZA maut dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin...

Dua pelajar UiTM Rembau maut, motosikal terbabas langgar penghadang jalan

REMBAU - Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus...

Akui kesalahan dan mohon maaf, ini tiga cara pujuk wanita berkesan lelaki perlu tahu

KUALA LUMPUR - Dalam sesebuah hubungan, salah faham dan...