Amir Daniel harap MSN perkasa sokongan menyeluruh ‘sukan kecil’ Olimpik

KONGSI

GEORGE TOWN – Kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel, meraih pingat emas kategori bawah 81 kilogram pada Sukan SEA Thailand 2025 bukan sahaja menjadi kebanggaan negara, malah membuka ruang perbincangan mengenai keperluan sokongan lebih menyeluruh terhadap sukan-sukan kecil di peringkat Olimpik.

Amir Daniel berkata, meskipun judo merupakan antara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik, tahap perhatian dan sokongan, khususnya dari segi kewangan, masih jauh berbeza berbanding sukan arus perdana seperti bola sepak dan badminton.

“Saya harap Majlis Sukan Negara (MSN) dan pihak berkaitan dapat memberi lebih perhatian kepada sukan kecil seperti judo. Walaupun kami sukan Olimpik, sokongan yang diterima tidak setanding dengan sukan-sukan utama,” katanya ketika ditemui MYBERITA di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN