[VIDEO] Tiga feri musnah dalam kebakaran di limbungan Bukit Malut

LANGKAWI – Tiga feri yang sedang menjalani kerja penyelenggaraan di sebuah limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.35 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

“Empat jentera bomba digerakkan, masing-masing tiga dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan dua dari BBP Langkawi bersama 23 anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga feri yang berlabuh berdekatan antara satu sama lain.

“Dua feri terbakar dengan kadar kemusnahan dianggarkan sekitar 80 peratus dan hanyut sejauh kira-kira 50 meter, manakala sebuah lagi feri terbakar sekitar lima peratus,” katanya.

Beliau berkata, dua feri lain yang berlabuh berhampiran berjaya diselamatkan, manakala sebuah lagi feri ditarik keluar dan ditempatkan di boya terapung bagi mengelakkan kebakaran merebak.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos sepanjang 91 meter dengan dua pancutan air yang dibekalkan daripada tangki jentera bomba.

“Dalam operasi itu, sebuah feri yang terbakar ditarik ke tebing dengan bantuan bot nelayan, manakala sebuah lagi feri yang terbakar dengan api marak dibiarkan padam sendiri,” katanya.

Mohd Zamri berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.07 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.10 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

BACA JUGA:  Kemalangan maut, trafik sesak lebih dua kilometer
Aliff Aiman
Aliff Aiman
alif@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...