KTMB tambah 26 perjalanan tren, lebih 105,000 tempat duduk disedia

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan 26 perjalanan tren bagi tempoh 17 hingga 29 Mac sempena sambutan Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang yang pulang ke kampung.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 18 perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan lapan perkhidmatan EMUPlus akan beroperasi susulan tiket perkhidmatan sedia ada yang hampir habis terjual bagi tempoh berkenaan.

Sebanyak 10 perjalanan tren ETS tambahan telah mula dijual tengah hari ini, manakala baki 16 perjalanan lagi akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan dan EMUPlus akan menyediakan 8,118 tempat duduk sehari termasuk pilihan kelas perniagaan, menjadikan keseluruhan 105,534 tempat duduk tambahan bagi menampung lonjakan penumpang musim perayaan.

“Secara keseluruhan, jumlah tempat duduk yang ditawarkan sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri adalah sebanyak 285,714 merangkumi 70 perjalanan sehari dengan purata 21,978 tempat duduk sehari,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan ETS tambahan melibatkan lapan perjalanan bagi laluan JB Sentral–KL Sentral–JB Sentral, enam perjalanan Ipoh–KL Sentral–Ipoh, serta masing-masing dua perjalanan bagi laluan Butterworth–KL Sentral–Butterworth dan Padang Besar–KL Sentral–Padang Besar.

Bagi perkhidmatan EMUPlus pula, lapan perjalanan melibatkan laluan Ipoh–KL Sentral–Ipoh sepanjang tempoh sama.

Selain itu, KTMB turut menyediakan Perkhidmatan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur yang akan beroperasi pada 18 Mac bagi laluan KL Sentral–Tumpat dan 22 Mac bagi laluan Tumpat–KL Sentral dengan 792 tiket ditawarkan termasuk koc tempat tidur pada kadar tambang antara RM80 hingga RM95.

“Tiket boleh diperoleh secara tanpa tunai menerusi aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTMB atau mesin kios di stesen terpilih. Orang ramai digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kehabisan tiket pada saat akhir,” menurut kenyataan itu.

ELA edisi Utara pula melibatkan laluan KL Sentral–Padang Besar pada 17 dan 22 Mac, serta Padang Besar–KL Sentral pada 18 dan 23 Mac dengan 1,200 tiket ditawarkan pada kadar tambang RM70 sehala. – MYBERITA

BACA JUGA:  Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...