Nak ‘sidai’ sampai bila? “Pulangkan duit kami!” – Mangsa terjerat SpayLater

KUALA LUMPUR – Seorang lagi individu tampil mendedahkan pengalaman sama selepas dipercayai menjadi mangsa skim kempen berbayar melibatkan tawaran bersama pemilik jenama pakaian tempatan, yang tular sebelum ini.

Mangsa mendakwa ditawarkan penyertaan kempen promosi yang kononnya melibatkan pertunjukan fesyen yang akan mendapatkan pulangan seperti tiket VIP, ‘cashback’, serta barangan eksklusif. Mangsa percaya dan bersetuju menyertai kempen berkenaan selepas melihat jenama terbabit pernah muncul dalam beberapa kolaborasi dan acara sebelum ini.

Mangsa mendakwa diminta mengimbas kod QR atas alasan ‘activation’ menggunakan kemudahan pembayaran ansuran platform e-dagang, sebelum wang disalurkan kepada pihak ketiga yang didakwa sebagai ejen ‘cash out’.

Bayaran terakhir sepatutnya dijelaskan, namun tertangguh dengan pelbagai alasan termasuk proses kewangan dan tempoh beberapa hari bekerja.

Mangsa turut mendakwa kaedah pembayaran seolah-olah ‘rolling’ wang, menggunakan dana daripada transaksi baharu untuk melunaskan bayaran lama.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut. Beberapa mangsa lain difahamkan sudah mengambil tindakan sama dengan membuat laporan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Tinjauan MYBERITA ke akaun rasmi pemilik jenama pakaian berkenaan mendapati akaun sosial medianya telah ditetapkan sebagai peribadi (private), sekali gus menyukarkan orang ramai mengesan perkembangan lanjut.

MYBERITA sebelum ini melaporkan seorang pelajar turut tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan membabitkan jenama jersi tempatan terkenal yang menawarkan kempen berbayar melalui platform media sosial. – MYBERITA

BACA JUGA:  Peruntukan RM1.1 bilion STR fasa 1 2026 disalur hari ini
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...