Pelajar dakwa ditipu ‘local brand’ jersi terkenal, modus operandi guna kempen & ‘QR activation’

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tampil mendedahkan dakwaan dirinya menjadi mangsa penipuan membabitkan sebuah jenama jersi tempatan terkenal yang didakwa menawarkan kempen berbayar melalui platform media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads oleh akaun @pawsywawsy_, mangsa mendakwa ditipu selepas dihubungi individu yang memperkenalkan satu “campaign” kolaborasi bersama platform e-dagang.

Menurutnya, individu terbabit akan menghubungi sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefon mereka untuk mempromosikan kempen tersebut, dengan tawaran bayaran RM100 bagi setiap individu yang berjaya menyertainya.

“Bila nak join campaign tu, dia bagi syarat dan suruh tangkap layar (screenshot) jumlah available limit SPayLater. Lepas tu dia bagi QR untuk activation,” dakwanya.

Mangsa mendakwa antara syarat utama untuk menyertai kempen berkenaan ialah had kredit SPayLater mestilah melebihi RM1,000. Lebih tinggi had kredit, lebih banyak wang yang didakwa perlu dipindahkan.

Namun, selepas mengimbas kod QR yang diberikan, nama entiti perniagaan yang tertera didakwa berbeza antara mangsa, sekali gus menimbulkan keraguan.

“Bila scan QR tu, keluar nama enterprise lain. Mangsa lain pula kata keluar nama enterprise berbeza,” katanya.

Menurut pelajar berkenaan, kejadian itu didakwa berlaku pada 31 Disember 2025. Individu terbabit memaklumkan bahawa segala transaksi akan kembali seperti biasa pada 1 Februari 2026.

Bagaimanapun, sehingga 17 Februari lalu, mangsa mendakwa hanya menerima alasan bahawa proses bayaran balik masih berjalan.

“Setiap hari mesti ada alasan untuk delay bayar balik duit,” katanya lagi ketika dihubungi MYBERITA.

Mangsa turut mendakwa sebelum pendedahan dibuat di Threads, mesejnya tidak mendapat maklum balas. Namun selepas hantaran pertama dimuat naik sekitar jam 3 petang, individu berkenaan didakwa bertindak lebih pantas dan mesra dalam membalas mesej.

BACA JUGA:  Ija, adik didakwa esok atas tuduhan laporan palsu

Difahamkan, pelajar terbabit telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan. Selain itu, laporan juga dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menuntut haknya semula.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak jenama jersi tempatan berkenaan berhubung dakwaan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan tawaran kempen atau promosi yang memerlukan perkongsian maklumat kewangan serta imbasan kod QR, terutama jika melibatkan pemindahan wang atau penggunaan had kredit peribadi.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...