Pemilik \’homestay\’ kecewa TV rosak, rumah berselerak, penyewa masih belum bayar ganti rugi

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik inap desa meluahkan rasa kecewa selepas rumah sewanya ditinggalkan dalam keadaan berselerak dan mengalami kerosakan termasuk televisyen serta beberapa peralatan lain selepas disewa selama empat hari oleh seorang pelanggan.

Menurut pengendali inap desa tersebut, Nurul Syahirah, menerusi hantaran di Facebook, penyewa terbabit telah berjanji untuk membayar ganti rugi tetapi sehingga kini masih gagal menunaikan janji itu.

“Assalammualaikum warga homestay. Minta berhati-hati dengan penyewa ini. Dah pecahkan TV di homestay kami. Janji nak bayar tapi sampai ke hari ini tak bayar,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Nurul turut memuat naik gambar kad pengenalan penyewa terbabit sebagai amaran kepada pengusaha inap desa lain agar lebih berwaspada.

“Homestay agak teruk ditinggalkan. Selagi pemilik kad pengenalan ini tak bayar, selagi itu kami tak padam hantaran ini,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa wang deposit yang dikenakan kepada penyewa tersebut tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang dialaminya.

“Ada deposit, tapi tak boleh tampung kos kerosakan,” katanya.

Hantaran berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya menyatakan simpati terhadap nasib Nurul dan menasihatinya agar membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang.

“Buat laporan polis, tuntut ganti rugi kepada penyewa terbabit,” cadang seorang pengguna Facebook, Ayunie.

Sementara itu, beberapa pengusaha inap desa lain turut berkongsi pengalaman serupa dan menggesa agar pemilik homestay lebih berhati-hati dalam menerima penyewa.

“Sebelum penyewa keluar, pemilik homestay kena semak keadaan rumah dan harta benda. Kalau jauh, upah orang untuk periksa. Bila penyewa dah hilang, kita pula yang rugi,” kata seorang pengguna bernama Kateee.

Seorang lagi pengusaha inap desa, Asyikin pula memaklumkan bahawa beliau terpaksa menaikkan kadar deposit daripada RM100 kepada RM200 bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

BACA JUGA:  Lelaki tersilap tekan pedal minyak, dua kereta remuk

“Tapi kalau TV rosak macam itu, RM200 pun memang tak cukup,” katanya.

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...