“Hidup dekat U tak mewah”, ‘student’ patut diutamakan dapat duit raya…

KUALA LUMPUR – Gurauan seorang mahasiswa yang mencadangkan agar pelajar universiti diberi keutamaan menerima duit raya sempena Aidilfitri mencuit hati orang ramai di media sosial.

Menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok, lelaki berkenaan secara berseloroh berkata golongan mahasiswa juga memerlukan duit raya kerana masih berstatus pelajar dan perlu menampung perbelanjaan kehidupan di universiti.

Menurutnya, kehidupan sebagai pelajar universiti bukanlah semudah yang disangka, malah memerlukan perbelanjaan harian yang agak tinggi.

“Kepada mak cik dan pak cik, saya masih ‘student’. Saya rasa lebih memerlukan duit raya untuk universiti berbanding budak darjah satu yang kerjanya makan aiskrim,” katanya secara berseloroh dalam video tersebut.

Dalam rakaman sama, mahasiswa itu turut memaparkan wajah muram sambil menulis kapsyen yang menggambarkan kesukaran menjalani kehidupan sebagai pelajar.

“Ingat senang ke nak hidup dekat universiti ni,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan bagaimanapun menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.

Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut kerana berpendapat pelajar universiti sememangnya memerlukan wang tambahan, terutama ketika cuti semester.

Seorang pengguna turut bergurau bahawa bayi selalunya menerima duit raya lebih banyak walaupun belum tahu cara membelanjakannya.

Selain itu, ada juga yang mengakui kebanyakan remaja dan mahasiswa sering berpura-pura menolak pemberian duit raya daripada orang dewasa, namun tetap menerimanya dengan senyuman. – MYBERITA

BACA JUGA:  “Rindu keluarga di Tawau, tapi jadual padat halang saya balik”, Hazim luah pengorbanan dalam Dukes
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

“Inilah kawan dia…” – kanak-kanak bawa mainan ke kubur atuk, ramai menitiskan air mata

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara...

Kanak-kanak tunjuk budi pekerti, baca doa untuk tuan rumah selepas beraya

KUALA LUMPUR – Gelagat sekumpulan kanak-kanak yang membaca doa...

Penuntut UMPSA pijak al-Quran dibuang universiti

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah...

Usia 13 tahun dah pandai bagi duit raya, Shuib luah rasa bangga

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan...

Hantaran pasangan songsang ‘Jodoh Lebaran’ tular, kerajaan negeri jalankan siasatan

MELAKA – Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan terhadap satu...