Hantaran pasangan songsang ‘Jodoh Lebaran’ tular, kerajaan negeri jalankan siasatan

MELAKA – Kerajaan negeri sedang menjalankan siasatan terhadap satu hantaran tular memaparkan dua lelaki berpakaian sedondon dengan kapsyen ‘Jodoh lebaran dah tiba’, yang didakwa mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Merlimau, Jasin.

Hantaran yang dimuat naik di platform Threads itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian menyifatkannya sebagai mencemari sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rahmad Mariman berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan hantaran tersebut yang didakwa berlaku di Kampung Batu Gajah, Merlimau.

“Saya baru dimaklumkan mengenai perkara ini dan ia perlu disemak terlebih dahulu termasuk kesahihan lokasi kejadian. Buat masa ini, saya masih menunggu maklumat lanjut sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk dari sudut perundangan bagi menentukan tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.

“Apa pun, kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan selagi siasatan belum selesai,” ujarnya.

Terdahulu, hantaran tersebut memaparkan pasangan lelaki berkenaan berpelukan dari belakang serta bersalaman dalam posisi yang lazimnya dilakukan oleh pasangan sah lelaki dan wanita, selain disertakan kapsyen ‘Jodoh lebaran dah tiba. Alhamdulillah’.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati hantaran berkenaan telah dipadamkan, dipercayai susulan ia tular dan mendapat perhatian pihak berkuasa agama negeri. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tepung pelita, warisan manisan Melayu yang kekal popular
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

“Inilah kawan dia…” – kanak-kanak bawa mainan ke kubur atuk, ramai menitiskan air mata

KUALA LUMPUR – Gelagat seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara...

Kanak-kanak tunjuk budi pekerti, baca doa untuk tuan rumah selepas beraya

KUALA LUMPUR – Gelagat sekumpulan kanak-kanak yang membaca doa...

Penuntut UMPSA pijak al-Quran dibuang universiti

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah...

Usia 13 tahun dah pandai bagi duit raya, Shuib luah rasa bangga

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan...

Peminat spontan jerit ‘Awieee’ lepas terserempak idola tepi jalan

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna terkejut apabila terserempak dengan...