KUALA LUMPUR – Seorang pengguna terkejut apabila terserempak dengan penyanyi rock lagenda, Awie, secara spontan ketika sedang menikmati pemandangan tepi tingkap sambil layan lagu dalam kereta.
Menurut video yang dimuat naik oleh @dody.hris, peminat terbabit sedang asyik menikmati pemandangan apabila tiba-tiba ternampak seorang lelaki dengan rambut putih panjang dan wajah yang sangat dikenali.
“Saya terus menjerit ‘Awieee’,” katanya.
Lebih mencuit hati, Awie sempat mengejar kereta peminat itu apabila ternampak nombor platnya, “AW15”, yang seakan menyerupai namanya sendiri.
Penyanyi rock itu berseloroh ingin membeli nombor plat berkenaan, sekali gus membuatkan peminat ketawa terhibur.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berseloroh bahawa peminat terbabit memang bertuah dapat bertemu Awie secara spontan.
“Untunglah jumpa Awie,” kata seorang pengguna.
View on Threads
Sebahagian lagi terhibur dengan tindakan spontan penyanyi itu dan memuji sikap ramah Awie terhadap peminat. -MYBERITA

