“Jangan halang wanita berjuang” – PU Rahmat

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, PU Rahmat Ikhsan tampil membidas segelintir netizen yang mengkritik penglibatan wanita dalam misi Global Sumud Flotilla, khususnya melibatkan pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.

Menurutnya, keputusan suami terhadap isterinya merupakan hak masing-masing, namun orang ramai tidak sepatutnya menghalang individu lain yang ingin melakukan kebaikan.

“Kalian tak nak benarkan isteri kalian sertai Sumud itu hak kalian.

“Nak simpan isteri dalam rumah dan layan Netflix sampai 100 episod pun silakan, cuma jangan halang Nadzmi Adhwa benarkan Ardell berjuang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau yang pernah berlayar bersama misi tersebut menjelaskan Ardell sentiasa menjaga aurat dan pergaulan sepanjang berada di atas kapal.

Katanya, pelakon itu hampir sentiasa memakai tudung dan menjaga maruah diri ketika berada dalam persekitaran misi kemanusiaan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang menyokong pendiriannya dalam mempertahankan penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan.

Sebahagian lain pula berpendapat isu tersebut perlu dilihat dengan lebih berhati-hati dan berhemah.

Perdebatan tersebut sekali gus menunjukkan pandangan masyarakat yang berbeza terhadap peranan wanita dalam misi kemanusiaan, terutama apabila melibatkan faktor keselamatan, agama dan tanggungjawab keluarga. –MYBERITA

BACA JUGA:  FAM sahkan Joehari letak jawatan, Yusoff sandang kerusi presiden sementara
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...