Guna tandas pun tak selamat…lelaki dedah kejadian di stesen minyak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila menyedari dirinya diintai individu tidak dikenali ketika sedang menggunakan tandas di sebuah stesen minyak, hari ini.

Menerusi perkongsian tular, pengguna mendapati terdapat lubang pada dinding tandas sebelum menyedari sepasang mata sedang memerhatikannya dari bahagian sebelah.

Menurutnya, lubang tersebut dipercayai telah ditutup menggunakan pita pelekat, namun dia tidak menyedarinya pada awalnya kerana terlalu sakit perut.

“Disebabkan sakit perut, saya tak perasan ada lubang sebelah. Lubang itu asalnya tertutup dengan pita,” katanya.

Tambahnya, suspek dipercayai mengunci hampir semua pintu tandas lain bagi memastikan mangsa hanya menggunakan tandas di bahagian hujung.

“Semua pintu tandas dia kunci kecuali pintu hujung. Ingatkan tandas penuh,” ujarnya.

Mangsa kemudian menunggu hampir 30 minit sebelum suspek keluar dari tandas dan mendakwa lelaki itu bersikap selamba seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

Menurutnya, pekerja stesen minyak turut memaklumkan kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.

Mangsa turut berkongsi rakaman wajah suspek serta nombor pendaftaran kenderaan lelaki berkenaan sebagai amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan tandas awam.

Rata-rata pengguna mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkannya sebagai gangguan serius yang boleh mengancam keselamatan pengguna di tempat awam.

View on Threads

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memeriksa keadaan tandas sebelum digunakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sebarang aktiviti mencurigakan. –MYBERITA

BACA JUGA:  Wanita dakwa bekas kekasih curang, tipu wang dan hantar ugutan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...