Pesan anak jaga diri…sekali abah cuba ‘skydiving’, ‘bungee jumping’ ketika bercuti

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang anak mengenai gelagat bapanya mencuri perhatian ramai apabila warga emas itu nekad melakukan aktiviti ekstrem ketika bercuti di New Zealand.

Menurut pengguna @itsaisyafrq, bapanya sebelum ini sering berpesan agar dia menjaga diri dan tidak melakukan perkara berbahaya setiap kali keluar mengembara ke luar negara.

“Setiap kali saya travel, abah saya mesti pesan jaga diri baik-baik, jangan buat benda bahaya,” katanya.

Namun siapa sangka, lelaki berusia 68 tahun itu bertindak di luar jangkaan apabila terbang bersendirian dari Malaysia ke New Zealand pada hari raya ketiga untuk bertemu anak lelakinya yang menetap di Australia.

Lebih mencuit hati, ketika dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bapanya dilihat lemah dan terpaksa menggunakan kerusi roda, membuatkan ahli keluarga berasa sedikit risau.

“Waktu hantar di KLIA, nampak macam tak larat, muka pun tenang saja, sekali sampai sana lain jadi,” katanya

Setibanya di New Zealand, lelaki itu terus ‘bertukar watak’ apabila berani mencuba aktiviti lasak seperti bungee jumping dan juga skydiving, sekali gus membuatkan anaknya tergamam.

View on Threads

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dan kagum dengan semangat serta keberanian warga emas itu yang masih aktif mencabar diri walaupun sudah berusia.

“Dia tengah test jantung dia kuat lagi ke tak. Saya kagum. Sebab saya pun tak berani nak cuba aktiviti-aktiviti tu, takut jantung terkeluar,” kata seorang pengguna. 

Walau apa pun, kisah ini jelas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menikmati kehidupan, malah keberanian seperti itu wajar dijadikan inspirasi buat semua. -MYBERITA

BACA JUGA:  ‘Saya minta maaf’, Ajai nafi halang konsert 4U2C
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...