Tahara Alima, nama puteri ketiga Izara Aishah dan Adib Khalid

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon, Izara Aishah iaitu Muhammad Adib Khalid berkongsi nama anak perempuan ketiga mereka kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adib meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata tersebut yang diberi nama Tahara Alima.

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib.

“Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” katanya.

Dalam masa sama, Adib turut merakamkan penghargaan atas setiap ucapan dan doa yang diterima serta berharap agar anaknya sentiasa dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.

“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin,” katanya.

Untuk rekod, Izara Aishah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, Amara Amina dan yang terbaharu, Tahara Alima. -MYBERITA

BACA JUGA:  Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia lepas tiga hari bertarung nyawa
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...