Siti Nurhaliza terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif dan Media

0
138

KUALA LUMPUR –  Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terus mengukir sejarah apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni Kreatif dan Media (Honoris Causa) oleh Universiti Sunway.

Pengiktirafan itu disampaikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sunway yang berlangsung hari ini, dengan ijazah disampaikan oleh Canselor Universiti Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Universiti Sunway, institusi berkenaan memaklumkan penganugerahan itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang dan perjalanan inspiratif Siti sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni.