Video ucapan ‘birthday’ Dini untuk Janna Nick buat ramai warganet ‘cemburu teruk’

KUALA LUMPUR – Ucapan penuh makna daripada pelakon Dini Schatzmann sempena hari lahir isterinya, Janna Nick mencuri perhatian ramai apabila ianya disifatkan sebagai sangat romantik dan menyentuh hati warganet.

Menerusi hantaran di Instagram, Dini menzahirkan doa buat Janna dengan harapan untuk terus berada di sisi isterinya pada setiap sambutan hari lahir di masa akan datang.

“On your birthday, my only prayer to Allah is simple, let me be by your side for every birthday you’ll ever celebrate. You are my biggest blessing. Happy Birthday, baby,” tulisnya.

Video sambutan hari lahir pasangan itu turut tular di TikTok, memaparkan mereka meraikan detik istimewa secara sederhana namun romantik di atas sebuah bot di sungai di London.

Perkongsian berkenaan menerima ratusan ribu tontonan serta ribuan tanda suka, selain dihujani reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa tersentuh dan “cemburu” melihat kemesraan pasangan tersebut.

Menerusi tinjauan MYBERITA di ruangan komen, pelbagai komen positif ditinggalkan warganet yang mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

“Pleaselah Ya Allah bagi diorang zuriat ramai-ramai… menekan2 ni Ya Allah…”

“Ambillah seluruh alam semesta ini…”

“Bila satu husband appreciate wife, wife sedunia terasa happy and touching…”

Tidak kurang juga, ramai menitipkan doa agar pasangan itu segera dikurniakan cahaya mata, lebih-lebih lagi apabila Janna sebelum ini pernah berkongsi mengenai perjalanan rawatan kesuburan termasuk prosedur IVF sebagai usaha mendapatkan zuriat.

Sebagai info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 dalam satu majlis pernikahan di Langkawi, dan sejak itu sering menjadi perhatian peminat dengan momen kebersamaan mereka.

BACA JUGA:  Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...