Isnin | 26/10/2026 | 9:05:17 pm
HomeJenayahRemaja dipenjara sebulan, denda RM5,000 buang bayi

Remaja dipenjara sebulan, denda RM5,000 buang bayi

SABAK BERNAM – Seorang pembantu kedai makan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi ke dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak, bulan lalu.

Tertuduh, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyembunyikan kelahiran bayi secara rahsia dengan membuang mayat ke dalam tandas wanita di Stesen Minyak Petronas, Kampung Sungai Haji Dorani, sekitar jam 11 pagi pada 23 Mac lalu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|