Selasa | 27/10/2026 | 12:25:07 am
HomePendidikanPertandingan Travel Storytelling promosi pelancongan Malaysia

Pertandingan Travel Storytelling promosi pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kerjasama Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Tourism Productivity Nexus (TPN), Tourism Malaysia dan Tourism Selangor telah menganjurkan Travel Storytelling Competition: Promoting Malaysia Diversity bagi memupuk kreativiti dan semangat inovatif dalam kalangan generasi muda melalui penceritaan digital berkaitan pelancongan Malaysia.

Menurut Pengarah PSIS, Haslinda Abd Hamid, pertandingan ini membuka ruang kepada peserta untuk menonjolkan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi Malaysia melalui platform digital.

“Program ini menonjolkan kuasa kreativiti dan teknologi dalam merakam keindahan Malaysia melalui pelbagai perspektif seperti ekopelancongan, warisan budaya, pelancongan bandar dan gastronomi.”

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|