Syed Saddiq rayu doa rakyat sebelum hari penentuan kes

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon doa dan sokongan rakyat menjelang hari penentuan kes mahkamahnya yang dijadual berlangsung pada Khamis, 17 April, selepas lebih lima tahun prosiding berkenaan berjalan.

Dalam satu hantaran ringkas tetapi penuh emosi di akaun TikTok miliknya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menzahirkan rasa syukur atas kekuatan yang diterimanya sepanjang tempoh perbicaraan.

“Berani kerana benar. Esok (hari ini) adalah hari penentuan di mahkamah. Lima tahun saya sabar. Kini tiba masanya untuk kebenaran dibela.

@syedsaddiq

Berani kerana benar. Esok adalah hari penentu di Mahkamah. 5 tahun saya tunggu. 5 tahun saya sabar. Kini tiba masanya untuk kebenaran dibela. I don’t ask for much, but for your prayers. Kerana tiada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT

â™Ĵ original sound – Syed Saddiq

“I don’t ask for much, but your prayers (Saya tak minta banyak, cuma doa anda). Kerana tiada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT,” katanya.

Hantaran tersebut meraih ribuan tanda suka dan komen daripada para penyokong serta pengikut yang tidak putus-putus menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada beliau.

“Semoga segala urusan YB Syed Saddiq dipermudahkan esok dan beroleh kemenangan. Aamiin Ya Allah,” kata seorang pengguna media sosial.

Kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka sebagai #BASS turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai ucapan semangat dan doa buat wakil rakyat muda itu.

“Semoga dipermudahkan urusan. Doa kami peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) sentiasa mengiringi,” ujar Shela Salih.

“Seluruh rakyat doakan YB #BASS,” tambah Aishah pula.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lalu telah menetapkan tarikh 17 April ini untuk menyambung hujahan pihak pendakwaan dalam rayuan Syed Saddiq bagi mengetepikan sabitan atas empat pertuduhan berkaitan dana sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada).

BACA JUGA:  Joao Felix tinggalkan Chelsea, sertai Al-Nassr

Syed Saddiq, 32, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang membabitkan dana Armada.

Keputusan mahkamah esok dijangka menjadi titik penting dalam kerjaya politik Syed Saddiq serta menamatkan penantian panjang sejak kes itu mula dibicarakan lima tahun lalu.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...