Bendera lambang kedaulatan negara, tidak boleh dipersendakan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegaskan bahawa bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara yang tidak wajar dipersendakan atau dipandang ringan.

Seri Paduka bertitah, bendera bukan sekadar sehelai kain bercorak dan berwarna-warni, sebaliknya ia membawa makna besar yang mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa,” titah Seri Paduka.

Dalam kenyataan hari ini, Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap — tanpa bulan sabit — pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Baginda.

Seri Paduka turut menasihatkan pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan supaya lebih peka dan bertanggungjawab dengan melakukan semakan rapi terhadap bahan siaran sebelum dicetak untuk edaran.

Terdahulu, akhbar berbahasa cina tersebut tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapan teknikal yang menyebabkan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi Jalur Gemilang yang disiarkan pada muka hadapan akhbar itu pada hari Selasa.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, pihak akhbar menjelaskan bahawa kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan dan berlaku akibat masalah teknikal semasa proses rekaan grafik.

Insiden itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, yang menekankan kepentingan menjaga kesucian simbol negara demi menghormati semangat perpaduan dan patriotisme rakyat Malaysia.

BACA JUGA:  Pelaburan dalam sistem kesihatan perlu dipertingkat – PM Anwar
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...