Sukan SEA 2025: PM Anwar titip pesan semangat buat kontinjen negara

KONGSI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuntik semangat kepada seluruh atlet negara yang bakal beraksi pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand, yang membuka tirai secara rasmi hari ini.

Menerusi ciapan di laman Facebook, Anwar menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia dan menyeru para atlet untuk kekal fokus dan tenang sepanjang menggalas cabaran di gelanggang.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN