BANGI â Penyanyi, Andika Zulkefli, 21 atau lebih dikenali sebagai Andyoso tampil mempertahankan single terbaharunya berjudul Mamai selepas menerima kecaman netizen yang mendakwa lagu tersebut seakan-akan menyerupai karya popular dari Indonesia.
Lagu Mamai yang menggunakan genre hip-dut iaitu gabungan muzik hip hop dan dangdut dari Indonesia kini meraih lebih 14,000 tontonan di YouTube selepas dilancarkan. Namun, sebahagian pendengar khususnya dari Indonesia mengkritik Andyoso kononnya meniru konsep lagu artis negara jiran itu.
Andyoso menjelaskan beliau tidak pernah berniat meniru mana-mana karya, sebaliknya hanya mengambil inspirasi daripada artis kegemarannya.
âSaya memang ada ambil inspirasi daripada penyanyi yang disebut netizen itu, tapi tidak 100 peratus. Kalau dengar betul-betul, lirik, melodi dan flow lagu Mamai tidak sama. Cuma genrenya sahaja sama,â katanya.
Walaupun begitu, Andyoso mengakui dirinya sedikit terkesan dengan kecaman awal yang diterima.
âSelepas lagu ini dilancar, saya rasa bersalah juga sebab ada yang kata seakan sama dengan lagu di sebelah sana. Tapi sebenarnya niat saya hanya mahu cuba sesuatu yang baharu dan ikuti trend TikTok,â katanya lagi.
Mengenai muzik video Mamai yang turut dikritik kerana dikatakan âterlalu hardâ untuk pasaran Malaysia, Andyoso menjelaskan ia hanya sebuah konsep lakonan dan tidak menggambarkan dirinya di dunia nyata.
âApa yang korang nampak dalam MV itu bukan diri saya sebenar, tapi watak untuk menjayakan konsep âmamaiâ â iaitu separa sedar. Saya bukan kaki kelab, dan bukan ke arah itu pun,â ujarnya.
Dalam masa sama, Andyoso berharap kontroversi ini tidak menjejaskan perjalanan seninya. Tambahnya juga, ibunya berasal dari Indonesia dan beliau mahu membawa suasana kedua-dua negara dalam setiap lagu ciptaannya.
âSaya mahu naik secara bersih tanpa kontroversi. Harapan saya agar Mamai dapat trending di YouTube dan digunakan ramai di TikTok,â katanya yang kini merancang untuk tampil dengan karya baharu bergenre R&B selepas ini.
âDari lagu pertama lagi saya sudah gabungkan elemen Malaysia dan Indonesia. Lagu kedua saya malah 100 peratus dirakam dan digarap di Indonesia. Jadi untuk Mamai ini, saya mahu terus rapatkan hubungan muzik antara dua negara,â jelasnya.
Selain karier muzik, Andyoso turut mendedahkan beliau mempunyai perancangan untuk meneruskan bidang perniagaan memandangkan latar belakang pengajiannya dalam bidang tersebut.

