Sultan Nazrin berkenan terima bayaran zakat RM5.4 juta

KUALA KANGSAR – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,417,188.56 daripada lapan syarikat korporat dan dua individu untuk disalurkan kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (Zapar).

Majlis penyerahan zakat itu berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, hari ini.

Menurut kenyataan Zapar, penyerahan zakat didahului dengan bayaran zakat pendapatan oleh Datuk Abdullah Abdul Mannan berjumlah RM1 juta.

“Ia disusuli oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang diwakili Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berjumlah RM364,852.56.

“Seterusnya, zakat perniagaan daripada Belati yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki, Mohamad Akmal Johari berjumlah RM380,000,” menurut kenyataan itu.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Boustead Plantations Berhad yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Zulkarnain Md. Eusope berjumlah RM434,000.

Selain itu, CelcomDigi Berhad yang diwakili Ketua Wilayah Utara, Farizad Khan Msm Mohamed Ali menyerahkan zakat berjumlah RM107,000.

Johawaki Plantation Sdn. Bhd. pula diwakili Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Johawaki, Abdul Hadi Abdul Rahim dengan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM150,800.

Seterusnya, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia melalui Setiausahanya, Mohd. Riza Halim menyerahkan zakat berjumlah RM250,000.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Mastura Mohd. Khalid turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.

Sementara itu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan zakat pendapatan berjumlah RM2.3 juta.

Penyerahan terakhir melibatkan zakat perniagaan daripada TM Technology Services Sdn. Bhd. yang diwakili Pengurus Besar Rangkaian TM Negeri Perak, Sallehuddin Khalif berjumlah RM230,536.

Dalam majlis sama, baginda berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri ini. -MYBERITA

BACA JUGA:  RUU jenayah siber dibentang hujung tahun, Malaysia perhebat kawalan digital
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...